Tuesday, February 15, 2011

Impak Maksima Dalam Pembentangan



oleh Tony Soon
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-369-081-7 
Tarikh Terbit: 19 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Bantu DiriImej


Pembentangan yang hebat dapat memberi kesan bermakna buat ANDA! Ia dapat membuka pintu kepada peluang-peluang yang tidak perna anda bayangkan. Buku ini mampu memberi ilham kepada anda mengusai seni menyampaikan pembentangan secara efektif dan berkesan. Tiada lagi rasa gementar dan gugup ketika pembentangan. Buku ini mengandungi tip-tip mudah lagi komprehensif bagaimana menghasilkan pembentangan cemerlang. Antara topik menarik yang dibincangkan adalah: - Tahu siapa audiens anda - Penampilan itu penting - Mengurus perasaan gemuruh - Kekuatan alat bantu visual - Bagaimana mahu mulakan? Apa perlu saya perkatakan?


Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Wafiya Puteri Kota Cinta



Harga: RM 21.00 / RM 24.00
ISBN-13: 978-967-5406-24-9 
Tarikh Terbit: 28 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 128
Kategori: Kanak-KanakIllustrasi


Kerajaan Kota Cinta tidak mempunyai puteri yang bakal mewarisi takhta. Namun hanya ada puteri comel bernama Wafiya yang masih berumur sepuluh tahun. Bagi melatihnya menjadi seorang yang bertanggungjawab, Puteri Wafiya dihantar tinggal bersama dengan salah seorang pekerja yang dipercayainya. Puteri Wafiya tidak gembira dengan keputusan ayahandanya kerana gelarannya sebagai puteri perlu dilupakan buat sementara.


Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Chronicle 301 Salji Pertama



Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5783-15-9 
Tarikh Terbit: 24 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 512
Kategori: Novel Chiclit



Semester baru kembali lagi. Jijah menyambung pelajaran ke Universiti of Manchester yang terletak di Manchester, United Kingdom. Pemergiannya hanya dikhabarkan kepada Nisa kerana hanya Nisa yang lebih tenang antara semua rakan sebilik yang lain. Di sana, Jijah menghadapi masalah bagi menyesuaikan dirinya dengan cuaca di negara empat musim itu serta rakan-rakan yang hanya datang apabila senang sahaja. Jijah juga dicemburui oleh seorang pelajar lain kerana kelebihannya.
Nisa terkejut dengan pemergian Jijah ke Manchester. Dia tidak menyangka semester lepas adalah semester akhir Nisa, Awa dan Iman bersama-sama Jijah. Nisa berkenalan dengan Suhaila yang ditemui di surau. Saban hari mereka semakin rapat. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
Awa kembali semula ke Kolej UNITI dengan perasaan yang sangat teruja. Teruja mahu bertemu dengan Jijah, Iman dan Nisa. Pasti banyak cerita menarik bagi dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, perasaan teruja itu bertukar menjadi rasa sedih apabila mendapat tahu Jijah tidak lagi menuntut di Kolej UNITI.
Iman pula menghadapi masalah kewangan. Dia menjadi penghuni hantu, menumpang di rumah sewa seorang kenalannya dan kadang kala terpaksa menumpang di bilik lamanya, Bilik 301. Iman bekerja keras bagi menampung hidupnya di Kolej UNITI kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya. Pelbagai kisah menarik semasa Iman bekerja berlaku.
Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Tiga Hati



Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5783-25-8 
Tarikh Terbit: 26 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 352
Kategori: RemajaNovel Chiclit


Kata Arina, "Saya serik bercinta-cinta. Saya mahu berikan tumpuan kepada kerjaya."

Tekad Maya, si gadis extra sopan, "Saya tidak akan biarkan diri ini dibuli lelaki lagi. Saya mahu mantapkan kerjaya saya."

Azam Wardah pula, "Sekarang bukan masanya mahu bersedih kerana belum ada jodoh. Saya mahu tingkatkan keupayaan diri, barulah nanti boleh memikat hati bakal-bakal ibu mentua."

Mereka berkongsi azam yang sama iaitu, mahu berjaya dan menjadi muslimah yang terhormat.

Namun, pasti ada cabaran yang menanti... dan mampukah mereka atasi?



Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Nian Hati Salsabila



Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-53-1 
Tarikh Terbit: 28 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 304
Kategori:

Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Dia terkesan dengan ungkapan murabbinya ini. "Dakwah itu bermaksud mengajal." Dalam al-Quran ada menyebut supaya kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara berhikmah dan melarang mereka dengan pebuh kebaikan. Jika berlaku pertembungan, uruskanlah dengan penuh toleransi.
Dari saat itulah gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya. Dia terus terjun ke dunia yang penuh dengan suka duka, cabaran dan ujian hanya kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi dengan ummah. Lantas diteguhkan niatnya kerana Allah, diladeni akannya sunnah Rasulullah.
Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Bibir Merayu Hati Bernafsu



Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-0142-23-4 
Tarikh Terbit: 31 Jan 2011
Jumlah Muka Surat :
Kategori:



Ya, “Atas nama cinta, berkorbanlah untukku, berikanlah aku bukti kesucian dan ketulusan cinta, hingga urusan seksualmu…” itulah senjata “setan berwajah cinta”.
Kira-kira, begitulah bisikan-bisikan syahwat yang dikemas manis dalam aura putih cinta, yang sanggup merontokkan hati yang bersih, jiwa yang suci, dan cinta yang sejati.
Sahabat muda, ketahuilah, bahwa cinta yang indah dan putih itu sepatutnya dibiarkan tetap indah dan suci. Sekali saja ia dinodai oleh rayuan bibir yang ditingkahi oleh gelegar hati yang penuh nafsu, maka selesailah keindahan dan keputihan cinta itu.
Sekali engkau persembahkan harga dirimu, kesucianmu, atas nama pembuktian cinta, kesejatian cinta, maka selesailah chemistry dan misteri penuh getar maha dahsyat dalam jalinan keagungan cintamu.
“Bibir merayu, hati bernafsu…” waspadalah!

Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Projek Fesyen Ain Maisarah Bersama Lily Haslina Nasir



Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-5564-13-0
Tarikh Terbit: 31 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori:



Projek Fesyen...
Misi Nur Haness bagi menukar penampilan:
  • Menggayakan pelbagai fesyen remaja gaya muslimah.
  • Mencuba pelbagai fesyen ikatan tudung daripada baju nampak mahal.
  • Mempelajari cara mudah dan murah menjadikan baju nampak mahal.
  • Mencari aksesori pelengkap gaya yang sedap dipandang mata.

  • Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.

Pelbagai dugaan dan halangan yang menguji kesabaran Nur Haness dengan  taktik kotor Cik Pah dan rakan-rakan bagi menggagalkannya dalam pertandingan itu.
Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Hijab Cinta



Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5783-51-7 
Tarikh Terbit: 3 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 560
Kategori:

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?
Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya.
Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Cinta Di Hujung Sejadah



Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-983-3892-95-2 
Tarikh Terbit: 15 Feb 2011
Jumlah Muka Surat :
Kategori:



DIA BERSYUKUR. Allah mengabulkan doanya. Mengizinkan dia menjejaki tanah suci. Dan begitulah juga dengan perjalanan-perjalanan lain ketika menyusuri jejak nabi, seperti di Masjidil Haram. Ketika melihat Kaabah, bangunan hitam persegi yang wangi dan memancarkan wibawa itu, air matanya tidak berhenti mengalir.
***
Namanya Makky Matahari Muhammad dan Cinta menyimpan nama itu dengan baik di kepalanya. Bukan kerana salam yang diucapkan lelaki itu kali pertama mereka bertemu. Akan tetapi kerana kehadirannya membawa pelangi dalam hidup Cinta.
Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

Kuntum Cinta Di Taman Syurga



Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-54-8
Tarikh Terbit: 11 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 304
Kategori:


Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.


Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....