Monday, February 14, 2011

Formula Solat Sempurna


PENULIS : Zaharuddin Abd. Rahman
ISBN : 9789833494989
HARGA : Semenanjung M'sia - RM25.90 & Sabah/ S'wak - RM27.90

Formula Solat Sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat2 semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab2 turath silam dan kontemporari. Penulis membawa nas2 yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusuli dengan nas2 warid daripada Nabi SAW. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Jadikan buku ini sebagai sumber rujukan berkenaan isu solat dalam bentuk komprehensif, padat, dan beserta dalil2 sebegini.

Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran.... 

No comments:

Post a Comment