Monday, February 14, 2011

Tanyalah Dia Abu Nawas


PENULIS : ABDULLAH AHMAD
ISBN : 9789675426476
PENERBIT : MUST READ SDN BHD
HARGA : RM18.00

Kebijaksanaan dan kepintaran Abu Nawas dapat dilihat dari bagaimana cara dia menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dan bagi Abu Nawas persoalan yang sukar itu dijawab dengan mudah, cepat, tepat dan berkesan. Mungkin saat ini kita tertanya-tanya, malah tercari-cari di manakah Abu Nawas bersembunyi. Adakah kerana pernah kentut di dalam masjid, kemudian dia bersembunyi dan tidak mahu berhadapan dengan masyarakat? Daripada kita menunggu kedatangan Abu Nawas yang entah sampai bila akan muncul, ada baiknya kita cuba menjadi seperti Abu Nawas yang sederhana hidupnya.

Setiap kejadian yang di alami oleh Abu Nawas mengandungi maksud tersirat dan tersurat yang boleh dijadikan panduan, pengajaran dan nasihat. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan untuk merehatkan minda.

Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

No comments:

Post a Comment