Monday, February 14, 2011

Menuju Kejayaan


PENULIS : Abdul Rahman Husin & Mohd Azrul
ISBN : 9789834357511
PENERBIT : Must Read Sdn Bhd
HARGA : RM21.90

MENUJU KEJAYAAN – Buku ini terdiri daripada enam bab yang membincangkan tentang cara-cara mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Keenam-enam bab tersebut memuatkan Misteri Kejayaan, Persiapan Menuju Kejayaan, Usaha-usaha Untuk Berjaya, Kegagalan Adalah Jalan Menuju Kejayaan, Pemangkin Kejayaan dan Penutup.

Buku ini juga menhimpunkan idea-idea kejayaan individu dan tokoh yang pandai menguruskan kehidupan mereka sehingga mencapai kejayaan.

Secara keseluruhannya, buku ini mengetengahkan pendapat pakar-pakar tentang sifat-sifat positif yang perlu untuk menuju kejayaan, disulami dengan teknik penceritaan dan pengalaman individu-individu yang berjaya dalam bidang masing-masing. Cara gaya ini boleh menyuntik semangat pembaca untuk mempersiapkan diri menjadi orang yang berjaya.

Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat umur, terutama pelajar, guru, ibubapa dan sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk berjaya.

ABDUL RAHMAN HUSIN – Penulis yang telah menghasilkan dua buah buku sebelum ini. Beliau adalah seorang pengetua sekolah. Berpengalaman selama 27 tahun dalam bidang pendidikan. Berkelulusan master Pengurusan (Pendidikan), Sarjanamuda Persuratan (Kepujian) dan Diploma Pendidikan.

MOHD AZRUL AZLEN ABD HAMID - Penulis muda yang merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Arab, UIA. Berpengalaman dalam mengendalikan program motivasi di sekolah dan universiti tempatan.

Belian online klik sini atau boleh didapati di kedai2 buku berhampiran....

No comments:

Post a Comment